Carian

Content

Sunday 19 January 2014

Pelbagai Budaya Umat ​​Islam Meraikan Maulidul Rasul Di seluruh Dunia

Umat ​​Islam di seluruh dunia meraikan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., yang dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada tahun 570 Masihi. Hari lahirnya baginda di raikan dalam banyak cara dan budaya di negara negara Islam dengan cara yang berbeza mengikut adat dan budaya negera berkenaan.

Sebuah masjid di Karachi, Pakistan, diterangi dengan cahaya lampu dan dihias indah pada malam sambutan Maulidul Rasul, ia ini sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W,  Ia dijadikan acara tahunan pada 13 Januari setiap tahun dan di raikan dengan perayaan tradisional dan semangat keagamaan. 



Sebuah keluarga di Mesir duduk di atas motosikal di bawah banner dengan tulisan Arab yang berbunyi: "Pergilah mengambil bahagian dan mengatakan ya untuk perlembagaan Mesir dan tidak untuk keganasan," ketika mereka menonton perarakan sambutan hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. di Kaherah, Mesir.

Sebahagian mereka yang menonton perarakkan di Kaherah, Mesir.

Pengikut fahaman Syiah menghadiri perhimpunan perayaan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di sebuah stadium bola sepak di Sana'a, Yaman.

    Penduduk Lahore,Pakistan membawa obor-obor dalam sambutan perayaan Maulidul Rasul.

 Sebahagian dari penduduk Tripoli di Libya memukul gendang dan berselawat sambil berjalan melalui lorong kota lama Tripoli ke arah Dataran Martyrs sebagai meraikan sambutan Maulidul Rasul.

 Para penari sedang menunjukkan aksi tarian 'Dervishes Sufi', Tarian 'Dervishes Sufi'    adalah, satu bentuk tarian mistik yang mengajar toleransi dan mencari kepahaman. Mereka menari secara berpusing, mengambarkan seolah olah saperti planet mengelilingi matahari, dan mengaplimintasikan tarian tersebut ke dalam satu bentuk doa. ia nya di lakukan oleh penduduk di bandar Lubnan di utara Tripoli.


Begitulah sebahagian cara dan budaya dunia meraikan sambutan Maulidul Rasul, mungkin berbeza dengan kita yang hidup di Malaysia ini yang memiliki cara tersendiri dan lebih bersopan didalam meraikan sambutan Maulidul Rasul, lain padang lain pula belalangnya. 

0 komen :

Post a Comment