Carian

Content

Tuesday 10 September 2013

Kerajaan Belanja RM160 Bilion Untuk Projek Berkaitan Rel Sehingga 2020, Kata Najib

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengunjurkan berbelanja lebih RM160 bilion untuk melaksanakan projek berkaitan rel sehingga 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak 1990, kerajaan melabur lebih RM50 bilion, katanya.

"Kini, kita menyaksikan perkembangan pesat peluasan besar-besaran ke atas rangkaian rel di Asia, termasuk Malaysia.

"Dalam erti kata lain, ia merupakan kebangkitan semula perkhidmatan kereta api, memandangkan ia bukan sahaja membantu membangunkan banyak negara semasa tahun-tahun awal penubuhan, malah kini terdapat minat baharu terhadap kereta api," kata Najib yang juga Menteri Kewangan, semasa merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Perniagaan Rel Asia 2013 di sini.















0 komen :

Post a Comment