Carian

Content

Wednesday 18 September 2013

World Chinese Writers Conference Kuala Lumpur 2013

KUALA LUMPUR - Program "World Chinese Writers Conference Kuala Lumpur 2013" yang bakal diadakan pada 15 - 17 Oktober 2013 ini, bakal menghimpunkan seramai hampir 350 orang penulis kesusasteraan China dari seluruh dunia  yang akan menulis berkenaan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia serta Dasar 1Malaysia dalam Pelbagai Kaum, Program ini mendapat sokongan oleh YAB Perdana Menteri sendiri serta YB Dato Sri Nazri Abd Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia).


Program yang di anjurkan oleh TEXSTAROIL GROUP dengan kerjasama The World Chinese Writers Association yang akan menghadirkan ramai penulis bertaraf Profesor dari seluruh dunia dan akan bersidang di JW Marriot Hotel. Selain itu kesemua peserta akan di bawa melawat disekitar tempat tempat utama untuk memudahkan lagi para penulis ini mendekati dan mengenali masyarakat Malaysia dengan lebih mendalam sebelum mereka melakarnyanya didalam buku penulisan mereka nanti.

The World Chinese Writers Association telah di tubuhkan pada tahun 1981 di Teipei, Taiwan dan merupakan sebuah kumpulan sastra yang di bentuk oleh penulis penulis China di seluruh dunia dan diangotai oleh lebih 4000 orang yang menyertai di 120 buah negara di dunia.

Sementara kumpulan TEXSTAROIL yang menjadi rakan penganjur, berharap agar kehadiran ramai penulis kesustraan China bakal memberi impak yang besar kepada dunia mengenai Malaysia dalam kontek 1Malaysia dimana kedudukan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan etenik dan memiliki warisan mereka sendiri yang hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Kerajaan China dan The World Chinese Writers Association amat terpegun dengan kepimpinan Kerajaan Malaysia sejak dari Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra sahingga lah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menitik berat dan mengutamakan rakyat.

Diharapkan program "World Chinese Writers Conference Kuala Lumpur 2013" bakal melenyapkan persepsi dan salah paham masyarakat Cina di Malaysia terhadap kaum lain dan akan menigkatkan kefahaman yang lebih tinggi bagaimana Malaysia akan berkembang menjadi sebuah negara yang memilki pelbagai kaum yang boleh hidup dalam aman dan harmoni.







 En Y.P Cheng 
Presiden Of The World Chinese Association

 En Chau Hsing Fu  
Setiausaha Agung The World Chinese Writer Association




 Mr Goh Hin San Advisor, Chinese Content Media Prima.





 YBhg Dato' Sri Muhammad Raza


0 komen :

Post a Comment