Carian

Content

Thursday 19 September 2013

Shahrizat : Tiada Pergeseran Dengan Azalina

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa wujud usaha daripada pihaknya menggesa Datuk Seri Azalina Othman memberi laluan kepada beliau mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO.


Shahrizat memberitahu, tidak ada usaha seumpama itu kerana beliau bukanlah seorang yang begitu terdesak dan percaya Azalina juga berpendirian sama.

"Saya tidak begitu terdesak, dan saya berpendapat Azalina juga tidak terdesak. Kami berdua mempunyai visi masing-masing.

"Kami mempunyai ramai sokongan akar umbi yang serupa. Kami berjuang untuk wanita dan juga rakyat," katanya yang turut akan memberi sokongan kepada Dato Azalina untuk bertanding kerusi Majlis Tertingi UMNO.

Berhubung dengan soalan isu bekas Setiausaha Politik Beliau yang disiasat oleh SPRM. Shahrizat berkata beliau yakin dengan kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap projek penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam).

Shahrizat bercakap kepada media sebelum beliau manghadiri perjumpaan bersama Wanita UMNO Wilayah Persekutuan di Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO merangkap calon Exco Wanita UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.














0 komen :

Post a Comment