Carian

Content

Friday 20 September 2013

SPAD: Melahirkan Penguatkuasa Berintergriti, Tegas Dan Berhemah.

KUALA LUMPUR - Satu Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Dan Induksi Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah pun di sempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar di padang kawat Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) di Kem Genting Klang, Setapak.  


Didalam ucapan perasmian beliau memaklumkan bahawa kesemua mereka yang terbabit didalam perbarisan tamat latihan kursus asas dan induksi bahagian penguatkuasaan SPAD yang membabitkan 94 orang. Daripada jumlah ini beliau memaklumkan seramai 46 orang adalah graduan daripada pelbagai bidang, antaranya forensik, statistik dan macam-macam.

Fokus utaman yang ditekankan didalam kursus asas ini ialah untuk menerapkan nilai nilai disiplin serta etika kerja yang berhemah kepada setiap anggota penguatkuasa. Ini amat penting bagi menghasilkan anggota penguatkuasa SPAD yang berintergriti, tegas dan berhemah.

Tan Sri Syed Hamid juga mengingatkan kepada pegawai penguatkuasa SPAD agar sentiasa menjaga sahsiah dan disiplin diri tidak kira sama ada ketika berpakaian seragam atau pun tidak dan terus menjalankan tugas dengan amanah dan jangan sesekali mendekatkan diri dengan gejala penyelewengan saperti rasuah dan sebagainya.

Sementara ketika di sidang media pula beliau berkata "Dalam kita berdepan masa depan yang penuh mencabar, cara kita ambil orang tak boleh ikut jumlah, tapi kita tekankan kepada kualiti. Sebab itu kita ambil ramai graduate".

Beliau sendiri tidak menyangka begitu ramai graduan lepasan ijazah turut berminat untuk menyertai pasukan penguatkuasa SPAD dan buat masa kini SPAD mempunyai seramai 402 orang penguatkuasa di seluruh Malaysia.






























0 komen :

Post a Comment