Carian

Content

Sunday 15 September 2013

Ulang tahun ke-12 serangan 11 September 2001 Amerika Syarikat.



Presiden Obama dan Naib Presiden Joe Biden menyertai bersama saudara mara mangsa kejadian serangan 11 September melawat tapak peringatan di Pusat Dagangan Dunia di New York, Pentagon, dan Shanksville, Serangan yang meragut nyawa hampir 3,000 orang, dikatakan adalah serangan pengganas yang paling dahsyat di bumi Amerika.


Seorang wanita menyentuh bunga berwarna merah yang di tinggalkan semasa upacara memperingati ulang tahun ke-12 serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September di New York City. Negara ini memperingati ulang tahun serangan tahun 2001 yang mengakibatkan kematian hampir 3,000 orang selepas dua pesawat yang dirampas merempuh Pusat Dagangan Dunia, satu di Pentagon di Arlington, Virginia dan satu lagi kemalangan di Shanksville, Berikutan serangan di New York, bekas lokasi Menara Berkembar telah bertukar menjadi Memorial dan Muzium September 11, sebagai kenangan kepada kejadian tersebut.

 Buddy Barber dari Pasukan BagPaip dan Gendang pasukan Perkhidmatan Kecemasan membuat persembahan di Capitol,Austin, Texas. Hampir 30 orang dari pasukan Kumpulan bagpipe dan dram ini yang di percayai turut terbunuh dalam serangan tersebut.

 Seorang lelaki duduk di taman Memorial Pentagon menunggu ketibaan Presiden Obama


 Seorang ahli bomba dari Engine 54, Tangga 4, Batalion 9 New York, membawa bunga dalam satu majlis di taman khusus untuk menghormati ahli-ahli Penyelamat yang kehilangan nyawa mereka dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York City. Lima belas anggota bomba dari Engine 54, Tangga 4, Batalion 9 mati dalam serangan 11 september tersebut.





Daniel Henry, pegawai polis Pelabuhan New York , bertafakur semasa upacara sambutan ulang tahun ke-12 serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia. 

0 komen :

Post a Comment